Jawharijatimiddleinformationquality assurancecataloguelocationcontacts
head
Jawhari Jati Facebook

Jawhari Furniture, jenama perabot jati yang memberikan inspirasi untuk menghiasi kediaman anda dengan seni buatan tangan yang halus dari kayu jati yang berkualiti tinggi. Perabot jati bukan hanya menghiasi kediaman berkonsep klasik atau bali, kini dengan pelbagai inovasi rekaan terbaru, ia menghiasi kediaman berkonsep nusantara, kontemporari malah konsep moden dan inggeris. Jawhari Furniture, jenama yang hanya menggunakan kayu berkualiti tinggi yang menjalani proses perawatan kayu teknologi terkini dan proses pengeringan kayu menggunakan 'giant oven'. Jaminan kualiti terbaik dengan jaminan 5 hingga 10 tahun atas kerosakan dari pembuatan serta khidmat servis percuma selepas jualan, satu jaminan yang memberikan anda ketenangan fikiran selepas memiliki perabot jenama ini. Pelbagai pilihan reka bentuk sofa terkini dengan pilihan fabrik mengikut corak dan citarasa anda.


Miliki perabot jati idaman anda dengan mudah melalui skim pembiayaan peribadi Al-Islah Belian Plus Bank Rakyat yang bakal memberikan inspirasi baru keindahan kediaman anda beserta wang tunai. Kelulusan segera, tanpa penjamin, tanpa cagaran. Atau ansuran mudah tanpa faedah hingga 24 bulan dengan kredit kad Maybank atau EON Bank. Kunjungi bilik pameran Jawhari Furniture, kini di Bukit Indah JB, Tesco Tebrau JB, Kota Tinggi, Segamat, Kuantan dan Senawang.

COVER

Perabot Jati Rumah Berseri

 

 

 

 

Mengapa Galeri Jawhari Furniture Harus Menjadi Pilihan Anda.

Perabot jati sememangnya amat popular di serata dunia. Setiap perabot mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat dari kayu-kayu lain. Ia mampu bertahan dari semua jenis cuaca dan amat sesuai digunakan sebagai perabot. Sebelum ini, perabot jati dikenali sebagai perabot yang bermotif klasik, mempunyai pelbagai ukiran yang sesuai dengan konsep traditional. Kini dengan pelbagai inovasi dan permintaan peminat perabot jati, ia telah menukar imej perabot ini kepada model-model yang sesuai untuk konsep kontemporari, nusantara, oriental malah konsep moden dan inggeris selain konsep tradisional dan Bali. Di Jawhari Furniture, kami fokus kepada permintaan pelanggan yang inginkan kualiti terbaik dengan harga terendah. Kualiti menjadi satu aspek utama perniagaan kami. Selamat datang ke galeri kami.



<<<< Klik di sini untuk rahsia pemilihan perabot jati >>>>

Promosi